* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

First Time In Edinburgh

Makluman buat bakal pelajar berkeluarga ke Edinburgh:


Kepada yang ingin ke Edinburgh, sila maklumkan kepada Penghulu EMSA Family, Zubir Yatim melalui email zubir7678@yahoo.com. Makluman ketibaan ke Edinburgh hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 bulan awal bagi melancarkan urusan susulan dan rekod. Terima Kasih

Panduan / Nasihat
Panduan ini bertujuan memudahkan bakal pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UK khususnya Edinburgh dan diharap dapat memberi manfaat untuk semua. Sebarang komen, pandangan dan cadangan amatlah di alu-alukan. Sila majukan email anda kepada Penghulu EMSA Family.

Barangan atau keperluan ke United Kingdom:
Barangan Elektrik
Secara umumnya harga barangan elektrik di sini agak mahal berbanding Malaysia. Ini disebabkan setiap barangan di sini dikenakan cukai atau lebih dikenali sebagai V.A.T. (value added tax dengan kadar sekitar 17.5%). Antara barangan yang penting adalah rice cooker dan komputer. Disebabkan permintaan yang kurang, harga rice cooker di sini agak tinggi, walaubagaimanapun, ianya masih mampu dimiliki dan terpulanglah sama ada ingin membawa dari Malaysia atau membelinya di mana-mana kedai di sini seperti Pound Stretcher, Argos dan mana-mana supermarket terpilih. Bagi perkakasan komputer, amat digalakkan untuk bawa dari Malaysia disebabkan perbezaan harga yang agak ketara termasuk thumbdrive, portable ‘hard disk’ dan juga CD/DVD.

Makanan
Bekenaan barangan makanan pula, ikan bilis dan cili kering adalah antara barangan makanan yang paling susah dan mahal berdasar pada pengalaman. Boleh di bawalah dari Malaysia untuk stok di sini. Manakala beras pula, ianya boleh dibeli di mana-mana kedai Pakistan ataupun supermarket di sini. Harganya tidaklah terlalu mahal dan berpatutan dengan kualiti importnya. Anggaran : Untuk 10 kilogram beras harganya adalah sekitar GBP10 - 15 sahaja.

Pakaian
Baju sejuk yang tebal tidak perlu beli banyak memadai dengan sehelai setiap seorang sahaja. Ini kerana baju sejuk di Malaysia agak mahal berbanding di sini kerana faktor permintaannya yang rendah di negara kita. Sebaik sahaja tiba di sini, boleh membeli tambahan baju di supermarket di sini atau kebiasaannya dibeli di car boot sale atau mana-mana charity shop. Harganya jauh lebih murah dari membeli pakaian sejuk yang baru di sini.

Keperluan Dapur/Memasak
Perkakasan memasak dan kelengkapan dapur adalah antara barangan utama yang perlu dibeli. Ianya mudah diperoleh di mana-mana supermarket di sini. Makanan halal seperti ayam dan daging halal boleh dibeli di mana-mana kedai muslim. Antaranya adalah :-
1) Maqbool's – Edinburgh[ EH8 9BT],



2) Bismillah Food Store [3 Nicolson Square , EH8 9BH],



3) Planet Asia Continental Supermarket [Norton Park, EH7 5RS]
4) Al-Hilal [EH11 1HT].

Rempah ratus temasuk ikan segar, milo, kicap dan sos cili/tomato boleh diperoleh di mana-mana kedai berikut:-
1) Matthew's Foods [EH14 2ER]
2) Hing Sing Chinese Supermarket Ltd [Leith Walk, EH6 5BU]


Layari link ini untuk lokasi/ maklumat lanjut berkaitan shopping centres/groceries
http://www.uk250.co.uk/Supermarket/

Untuk panduan-am yang lain, boleh ke link2 ini:
http://www.thestudentroom.co.uk/wiki/University_of_Edinburgh


sebarang cadangan amatlah dialu-alukan, sila emailkan ke
emsafamily@yahoo.co.uk


-sekian-